Khamis, 10 September 2015

KESIMPULAN

 Secara keseluruhan, kesihatan dapat dikatakan ataupun merupakan suatu aspek yang penting dalam kehidupan kerana tanpa hidup yang cergas, sihat, kita tidak akan mampu melakukan sesuatu tugasan harian dengan cepat. Dalam erti kata lain, kekurangan tenaga di dalam badan, menyebabkan kita tidak dapat bertindak balas terhadap perkara yang tidak diduga berlaku ke atas diri kita.

   Janganlah kita berasa malu untuk berubah bagi melakukan perkara yang berfaedah ini.Bak kata orang tua-tua, “malu biarlah bertempat”. Tidak ada gunanya kita menyimpan rasa malu di dalam diri demi untuk kebaikan dan kesejahteraan kesihatan badan. Kita juga masih belum terlambat untuk memulakan aktiviti bersenam dan menjaga pemakanan seharian. Mulakan langkah pertama anda di rumah, dan diikuti secara perlahan-lahan untuk keluar bersenam di kawasan-kawasan terbuka di luar lumah dan juga makan makanan yang berkhasiat seperti sayur sayuran dan juga buah buahan untuk menjamin kesihatan yang baik. Lambat laun, kesannya kita sendiri yang akan mendapat faedah daripada aktiviti yang mendatangkan seribu keuntungan dan kebaikan ini.

 Selain daripada itu, kita juga akan memberikan ruang kepada pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, penyakit jantung koronari, angin ahmar dan tekanan darah tinggi untuk memberi ancaman kepada kita jika kita tidak dapat menjaga kesihatan dengan baik . Justeru itu, bersenamlah dan jagalah kesihatan untuk mengekalkan tahap kecergasan kita dan amalkan cara hidup sihat serta amalan hidup cergas. Sesungguhnya amalan hidup cergas dan aktif adalah amat penting untuk melahirkan kesihatan tubuh yang badan sihat dan cerdas. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan