Khamis, 10 September 2015

KESIMPULAN

 Secara keseluruhan, kesihatan dapat dikatakan ataupun merupakan suatu aspek yang penting dalam kehidupan kerana tanpa hidup yang cergas, sihat, kita tidak akan mampu melakukan sesuatu tugasan harian dengan cepat. Dalam erti kata lain, kekurangan tenaga di dalam badan, menyebabkan kita tidak dapat bertindak balas terhadap perkara yang tidak diduga berlaku ke atas diri kita.

   Janganlah kita berasa malu untuk berubah bagi melakukan perkara yang berfaedah ini.Bak kata orang tua-tua, “malu biarlah bertempat”. Tidak ada gunanya kita menyimpan rasa malu di dalam diri demi untuk kebaikan dan kesejahteraan kesihatan badan. Kita juga masih belum terlambat untuk memulakan aktiviti bersenam dan menjaga pemakanan seharian. Mulakan langkah pertama anda di rumah, dan diikuti secara perlahan-lahan untuk keluar bersenam di kawasan-kawasan terbuka di luar lumah dan juga makan makanan yang berkhasiat seperti sayur sayuran dan juga buah buahan untuk menjamin kesihatan yang baik. Lambat laun, kesannya kita sendiri yang akan mendapat faedah daripada aktiviti yang mendatangkan seribu keuntungan dan kebaikan ini.

 Selain daripada itu, kita juga akan memberikan ruang kepada pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, penyakit jantung koronari, angin ahmar dan tekanan darah tinggi untuk memberi ancaman kepada kita jika kita tidak dapat menjaga kesihatan dengan baik . Justeru itu, bersenamlah dan jagalah kesihatan untuk mengekalkan tahap kecergasan kita dan amalkan cara hidup sihat serta amalan hidup cergas. Sesungguhnya amalan hidup cergas dan aktif adalah amat penting untuk melahirkan kesihatan tubuh yang badan sihat dan cerdas. 

RUJUKAN

Aris Fazli H.U., Borhan Yusof.,& Abdul Halim M.S. (2003). Pendidikan Jasmani             dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa        dan Pustaka.



Borhan Yusof, Hasbullah Ismail & mohamad Sidek Mustaffa. (2008). HBHE3103           Gaya Hidup Sihat. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.



Wee Eng Hoe. (2005). Siri Pendidikan Perguruan: Pendidikan Jasmani &        Pendidikan Kesihatan. Selangor, Malaysia: Karisma Publications Sdn.           Bhd.



http://faridashaari.com/kenapa-anda-perlu-bersenam dicapai pada laman            sesawang pada 16 Jun 2012.

PUNCA KESIHATAN

Kesihatan merupakan sesuatu yang amat penting dalam dir seseorang manusia. Lebih-lebih lagi, pada mada kini manusai semakin terdedah kepada pelbagai ancaman dan masalah kesihatan, berikutan dengan gaya hidup yang semakin mencabar. Pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang dari segi mental mahupun fizikal.

Antara faktor yang mempengaruhi kesihatan manusia ialah penekanan terhadap aspek fizikal. Sebagai contoh, dengan melakukan senaman, risiko penyakit jantung dapat dikurangkan. Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot dan jantung serta akan mengurangkan bebanan pada jantung. Selain dapat mengurang risiko penyakit jantung, bersenam juga dapat meningkatkan paras kolestrol pelindung yang dikenali sebagai ‘high density lipo’ protein (HDL). Antara jenis senaman yang popular pada masa kini ialah senamrobik dan kolestenik. Tuntasnya, senaman merupakan salah satu faktor yabg menyebabkan kesihatan manusia .

Selain itu, amalan pemakanan yang seimbang turut menjadi faktor yang mempengaruhi kesihatan manusia. Makanan seimbang dapat memberikan tenaga dan haba yang cukup kepada badan seseorang. Pealiran darah juga akan lancar. Hal ini dapat memastikan gas oksigen dapat dialirkan ke seluruh tubuh badan dengan baik. Makanan seimbang yang digambarkan oleh piramid makanan membolehkan pembinaan tisu-tisu baru bagi menggantikan tisu-tisu badan yang lama atau rosak. Makanan yang seimbang turut memastikan badan mengandungi kandungan nutrisi yang mencukupi. Sebagai contoh, kandungan badan yang cukup vitamin, garam mineral, kalsium dan sebagainya akan dapat melindungi diri daripada penyakit seperti skurvi, selesema demam, rabun malam dan sebagainya. Pendek kata, amalan pemakanan penting untuk kesihatan kita.

Di samping itu, kesihatan manusia juga dipengaruhi oleh pengambilan makanan suplemen. Hal ini kerana, makanana suplemen penting untuk meningkatkan daya pencegahan penyakit. Sebagai contoh, penghidap osteoparosis iaitu seseorang yang mempunyai tulang yang lemah, rapuh dan mudah patah dapat membina tulang yang kuat melalui pengambilan pil kalsium yang mencukupi. Dengan ini kadar kehilangan jisim tulang dapat dielakkan. Makanan suplemen juga mempunyai bakteria yang sihat untuk membersihkan toksik dalam kolon atau usus kita. Dengan ini, toksik tidak akan meresap jauh ke dalam sistem badan kita.

Kesihatan manusia juga dipengaruhi oleh gaya hidup seseorang individu. Hal ini kerana, gaya hidup yang tidak sihat akan dapat menjejaskan kesihatan seseorang. Sebagai contoh, pengmbilan alkohol dan amalan merokok bagi pesakit diabetes terutamanya akan menyebabkan penyakit jantung. Hal ini kerana, amalan merokok menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan seterusnya cenderung menyebabkan tekanan darah tinggi. Jelaslah bahawa, kesihatan manusia berpunca dari gaya hidup seseorang individu.

Intihannya, kesihatan manusia bergantung kepada pelbagai faktor yang mendorong kepada taraf kesihatan yang baik . Namun, ianya bergantung pada sikap individu tersebut dalam menjaga kesihatan diri. Oleh itu, kita mestilah mengambil berat dalam menjaga kesihatan diri masing-masing .

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KESIHATAN

Tahap kesihatan yang baik

Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan.
Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu, amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya.
Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol. Ini adalah salah satu faktorkepentingan menjaga kesihatan.

Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan

Seterusnya, gaya hidup sihat juga adalah salah satu kepentingan menjaga kesihatan yang menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda.
Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolism juga dapat dijalankan dengan lancer. Berikutan dengan itu, gaya hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif mampu memberi jalan penyelesaian bagi kemelut–kemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang berlebihan.
Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembuangan bayi, vandalisme dan sebagainya.
Kepentingan menjaga kesihatan mental

Mendisiplinkan masyarakat

Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraanya. Dengan mengutamakan kebersihan , maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar.
Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang.

kebaikan minyak kelapa
Assalammuaalaikum kepada pembaca-pembaca yang setia membaca entri terbaharu di dalam blog ini. Kita sering-kali berfikir bagaimana cara untuk meningkatkan kesihatan di dalam tubuh kita. Ya, tidak di nafikan lagi bahawa kesihatan juga menjadi tunjang utama dalam meningkatkan kualiti aktiviti harian kita. Dalam konteks ini, kita boleh memperlihatkan bahawa terdapat dua perkara yang mendatang impak iaitu kebaikan dan keburukan sesuatu pengambilan khasiat makanan itu sendiri. Berkesempatan juga saya berkongsi maklumat tentang dua perkara ini yang amat berguna kepada saya mahupun pembaca-pembaca disini.Baca selanjutnya di bawah ini.


Kebaikan Minyak Kelapa 
Kerosakkan gigi berpunca daripada bakteria
 Minyak kelapa bukan sahaja digunakan untuk kegunaan harian kita seperti memasak, perawatan tradisional dan sebagainya. Tetapi, minyak kelapa juga mampu mencegah serta membunuh bakteria di dalam mulut apabila bergabung dengan enzim ptialin `Amilase'di dalam mulut kita.Enzim Amilase berfungsi menukarkan kandungan karbohidrat menjadi gula sederhana dan pada masa yang sama juga sejenis bakteria iaitu bakteria Streptokukus menukarkan kandungan gula menjadi asid.
Gambar rajah 1.0
Gambar rajah 1.0 - Saya masih ingat lagi ketika saya di tingkatan 4 dan rakan sebaya pernah melakukan eksperimen dibawah mikroskop dengan mencungkilkan dicelahan gigi. Kami terkejut kerana rupanya berbentuk durian dan setiap duri-duri panjang seperti disebelah ini.

Menurut kajian oleh Dr. Damien Brady dari institut Teknologi Athlone, di Ireland katanya `minyak kelapa yang bercampur dengan enzim pencernaan akan menghasilkan pembunuh bakteria yang kuat'. Penyelidik kini berusaha menghasilkan ubat gigi dan ubat kumur yang mengandungi minyak kelapa sebagai bahan aktifnya. Menggabungkan enzim minyak kelapa yang dimodifikasi menjadi produk rawatan gigi mampu menjadi alternatif kepada bahan kimia yang digunakan sekarang.

Keburukkan Teh Tarik
Teh Tarik Kaw-kaw
`Aney!!teh tarik kasi tengo satu'`Ok siap!!!' kebiasaan bila kita di kedai mamak corner itulah perkataan yang kita sering lakukan. Sedar atau tidak bahawa teh tarik adalah minuman kurang berkhasiat puncanya ialah SUSU.Teh merupakan minuman yang paling banyak diambil di seluruh dunia. Kandungan antioksida, vitamin dan kompoenen lain didalam teh mampu meningkatkan fungsi imun dan mencegah kanser, menjaga kadar gula darah dalam darah dan menyihatkan jantung.

Di kebanyakkan tempat, teh sering dicampur susu seperti yang dibuat pada teh tarik. Walaupun rasanya lebih enak dan sedap, penyelidik mendapati perbuatan tersebut mampu mengurangkan khasiat teh itu sendiri. Melalui kajian yang dimuatkan dalam jurnal The European Heart. Penyelidik menguji 16 orang dewasa yang sihat . Mereka diminta minum secawan teh tanpa dicampur dengan susu dan teh tarik yang dicampurkan dengan susu serta air masak. Kemudian fungsi vaskular responden diukur.`jika di bandingkan dengan air masak, teh tanpa susu secara signifikan meningkatkan fungsi arteri. Tetapi penambahan sedikit sysy menyebabkan khasiat teh tidak kelihatan. Kajian mendapati protein dalam susu akan meneutralkan kandungan antioksida

Isnin, 17 Ogos 2015

CIRI CIRI KESIHATAN

 SUPPLEMENT

Baiklah di sini saya kongsikan beberapa Tips pengambilan Vitamin yang betul untuk kita capai kesan yang optimum atau dengan bahasa mudahnya pantang larang yang perlu kita tahu dalam pengambilan Vitamin:

Ini adalah satu tips atau pesanan yang saya tak pernah lupa untuk berikan kepada setiap sahabat yang dapatkan suplemen Shaklee dari saya. Paling kurang 3L air kosong WAJIB kita minum setiap hari ya [purata 1L: setiap 25kg]. Tapi malangnya ramai yang mengeluh dan beri macam2 alasan antaranya malas untuk ke tandas. Wahai sahabat-sahaatku semua, amalan untuk ke tandas adalah baik utk kita keluarkan toksin2 yang ada dalam badan ya. Kalau badan banyak toksin mulalah kita rasa letih, lesu dan tak bermaya. Vitamin pun susah nak diserap dalam badan.
PERTAMA -- Pastikan pengambilan "Air Kosong" adalah mencukupi
Lagi satu, terlalu ramai yang suka dengan air bewarna dan berperisa dan mengabaikan pengambilan air kosong. Bila dinasihatkan utk mengambil 3L air setiap hari bukan air yang manis ya wahai sahabat semua tapi 3L air kosong. Tahukah anda, air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kenapa kita perlu minum air kosong secukupnya? Supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik dan optimum. Barulah dapat rasa kesan dia...
Macam comel susah je nak minum 3L air sehari. 
KEDUA -- Elakkan pengambilan vitamin terlalu banyak sekaligus pada satu masa
Apabila kita makan semua vitamin terlalu banyak sekaligus dalam satu-satu masa (lebih dari 5), ia boleh meningkatkan kepekatan darah kita pada masa-masa tertentu. Ramai yang ambil lewa dan ambil mudah perkara ini sebab nak senang. Dan ramai yang suka ambil terlalu banyak vitamin atau suplemen sebelum tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.
KETIGA -- Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat atau sebarang jamu
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor. Begitu juga halnya dengan jamu. Jangan ambil sama waktu dengan vitamin tapi jarakkan dalam masa 1-2 jam.
KEEMPAT -- Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian
Haa pantang larang yang keempat ni juga antara yang paling banyak ditanya kepada saya sepanjang saya menjadi pengedar Shaklee. Ramai yang tak boleh tinggal air berkafein terutamanya Nescafe di waktu pagi (sebenarnya saya juga penggemar air berkafein suatu masa dulu tapi bila mengenangkan rugi je beli suplemen mahal2 tapi badan tak dapat serap jadi saya cuba kurangkan pengambilan kafein harian).
Kenapa tak boleh ambil kafein? Sebabnya, kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan. Jadi tak ke rugi beli suplemen mahal-mahal tapi tak dapat kesan yang kita nak?








UBAT -UBATAN


Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap Apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.

Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.

Peringkat Ke-3: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah Tekanan Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda.

Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kelapa atau Migrain Ini merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat.

Peringkat Ke-5: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau... Buta!

Peringkat Ke-6: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder. Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu. Sungguh mengerikan bila badan kita terlalu byk mengambil ubat-ubatan...tak sedar byk kesan buruk lain. Jadi, berhati-hatilah dengan apa yang kita makan.

DALIL DARI SEGI KESIHATAN


"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu"
( hadis riwayat Bukhari)


"mintalah kepada Allah kesihatan & kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman)"
(hadis riwayat ibnu majah)

PENGENALAN DENGAN DEFISI KESIHATAN

Assalammualaikum...

Kami ingin menunjukan cara menjaga kesihatan dalam keaadan sempurna agar kesihatan terjamin. Kami berharap agar segala maklumat yang telah kami sediakan dapat dikongsi kan bersama sama. Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian. Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah kesihatan.



Bagi menimbulkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan di kalangan masyarakat, terlebih dahulu masyarakat mestilah faham tentang gaya hidup sihat yang merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Masyarakat yang sihat sudah pasti akan dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO, 1948), mendefinisikan bahawa gaya hidup sihat merupakan  sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit atau dalam erti kata lain iaitu kemampuan untuk meneruskan hidup dengan sempurna dengan prospek yang positif.



Gaya hidup sihat adalah berkait rapat dengan kecerdasan seseorang. Kecerdasan bukan sahaja mementingkan aspek fizikal tetapi juga meliputi keseimbangan dari segi mental, emosi, rohani dan sosial.  Konsep dan matlamat gaya hidup sihat adalah universal. Matlamat utama gaya hidup yang sihat adalah untuk membentuk individu yang sihat dari segi jasmani dan rohani dan bebas daripada sebarang penyakit.
 Akhir kata jagalah kesihatan demi hidup jangka masa panjang yang lebih berkualiti.



                                                                             DEFINI KESIHATAN

 Keadaan sempurna fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit (tidak bermakna kelihatan sihat dari segi semua aspek , tetapi tidak mempunyai penyakit ) .
Kategori kesihatan :

1) Pemakanan
*mengambil makanan yang seimbang
*makanan yang berkhasiat
*mengikut piramid makanan

2) Senaman
melakukan senaman sekurang kurangnya 3 kali seminggu
*melakukan senaman selama 30 minit sehari

3) Pemakaian produk kecantikan dan kesihatan
*mengkaji selidik isi kandungan produk
*tidak mengambil secara "overcontrol"